Monday, March 30, 2009

Tempat Peranginan di Pahang













Sebagai destinasi pelancongan, negeri Pahang dianugerahkan gunung yang menghijau, keindahan bukit bukau, kampung nelayan yang mengkagumkan, pasir pantai yang putih dan juga tasik-tasik yang misteri dan mencabar. Dengan populasi seramai 1 juta orang penduduk, negeri Pahang yang terletak di Pantai Timur Malaysia menawarkan destinasi pantai yang indah dan menyeronokkan seperti Pantai Cherating, Teluk Chempedak dan Pantai Beserah. Di Pahang juga pelancong boleh melihat keindahan Cameron Highlands, Genting Highlands dan Bukit Fraser. Disamping itu, negeri Pahang turut mempunyai taman-taman hutan yang terpelihara keasliannya seperti Kenong Rimba, Endau-Rompin dan Taman Negara.